anak muda remaja hari ini .. sememangnya hebat2 belaka .. malah boleh tahan kegeniusan nya.. atau lebih dikenali sebagai bijak pandai .. hensem, bergaya, dan boleh tahanlah sweet nya...
tapi bagaimana pula hatinya .. macho kah? atau comot kah?
wahai remaja .. IBU ..
3 huruf apa kah itu.. ?
semua mengenali ibu.. tapi sejauh mana kah IBU yang kita fahami..
adakah sekadar 3 huruf.. mahupun UMMI or MAMA yang mana mempunyai 4 huruf ..
ok.. bagi yang tak kenal.. mari sama2 lihat diri kita.. tutup mata dan renung sejenak.. dari manakah datangnya aku.. macam mana aku ada di sini pada hari ini.. adakah aku ni automatik lahir.. magic.. adakah ayah aku yang melahirkan aku..
sedarlah.. seorang wanita yang sanggup berkorban nyawa semata2 untuk melahirkan kamu di dunia ni itulah yang digelar ibu.. betapa peritnya pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan kamu...
nak diceritakan..
begitu panjang proses untuk membuat kamu di sini pada hari ini... yang ibu kamu tanggung.. kamu apa tahu?
bagi yang lelaki.. sedikitpun kamu takkan merasa bagaimana peritnya ibu menanggung hidup ni.. kamu hanya mampu menyelami situasi itu.. bagi yang bernama perempuan.. kamu akan merasai liku2 yang telah dilalui ibu sebelum melahirkan kamu... beruntungnya kamu..
__________________________________________________________________________________
FIRMAN ALLAH:
وَوَصَّيۡنَا
ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬
وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى
وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ
ٱلۡمَصِيرُ
And We have enjoined man in respect of his parents-- his mother bears him with faintings upon faintings and his weaning takes two years-- saying: Be grateful to Me and to both your parents; to Me is the eventual coming. (14:14)
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (14:14)
______________________________________________________________________________________
ayat di atas membuktikan bagaimana sikap yang perlu kita berikan kepada ibu bapa kita.. di dalam ayat tersebut juga telah menyatakan bahawa..
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
keajaiban alQuran serta kekuasaan Allah telah menunjukkan bahawa begitu besar tanggungan dan pengorbanan ibu dalam meneruskan hidup di muka bumi Allah ini..
sedarkah kita.. betapa mulianya ibu di dunia ini...
___________________________________________________________________________________
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
__________________________________________________________________________________
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”
__________________________________________________________________________________
semua ada ibu .. baik yang masih bernyawa.. mahupun telah terbujur kaku dimamah usia..
darjat seorang ibu begitu tinggi nilainya...
tetapi sejauh manakah kita memahaminya..
bagi yang masih mempunyai ibu di muka dunia ini.. manfaatkanlah setiap saat yang ada.. janganlah kita sakiti hatinya,, belailah ibu kita.. kerana.. bila mereka tiada lagi di sisi kita.. tiadalah lagi kegembiraan yang dapat kita lihat di wajah seorang ibu.. lenyaplah raut keriangan seorang ibu yang pernah terlakar tatkala kamu berjaya.. hilanglah sayup2 teguran ibu dari telinga kita.. dan saat itu.. kita akan sentiasa merinduinya..
bagi yang sudah ketiadaan ibu.. hulurkanlah doa semoga mereka tenang di sana.. sedekahkanlah sekalung Al-Fatihah buat peneman arwah mama tercinta di sana.. sesungguhnya kasih mereka tiada gantinya..
__________________________________________________________________________________
( بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
___________________________________________________________________________________
“Jika
mati anak Adam, maka putuslah segala amalnya. Kecuali 3 perkara, iaitu
amal jariah, DOA ANAK YANG SOLEH, dan ilmu yang bermanfaat.” (Hadis
Riwayat Muslim)
__________________________________________________________________________________
*PERINGATAN RINGKAS BUAT KITA BERSAMA
SHARING IS CARING, CARING IS LOVING