Sunday, 5 August 2012

ibu oh ibu

anak muda remaja hari ini .. sememangnya hebat2 belaka .. malah boleh tahan kegeniusan nya.. atau lebih dikenali sebagai bijak pandai .. hensem, bergaya, dan boleh tahanlah sweet nya...

tapi bagaimana pula hatinya .. macho kah? atau comot kah?

wahai remaja .. IBU ..

3 huruf apa kah itu.. ?

semua mengenali ibu.. tapi sejauh mana kah IBU yang kita fahami..
adakah sekadar 3 huruf.. mahupun UMMI or MAMA yang mana mempunyai 4 huruf ..

ok.. bagi yang tak kenal.. mari sama2 lihat diri kita.. tutup mata dan renung sejenak.. dari manakah datangnya aku.. macam mana aku ada di sini pada hari ini.. adakah aku ni automatik lahir..  magic.. adakah ayah aku yang melahirkan aku..
 
sedarlah.. seorang wanita yang sanggup berkorban nyawa semata2 untuk melahirkan kamu di dunia ni itulah yang digelar ibu.. betapa peritnya pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan kamu...

nak diceritakan..
begitu panjang proses untuk membuat kamu di sini pada hari ini... yang ibu kamu tanggung.. kamu apa tahu?

bagi yang lelaki.. sedikitpun kamu takkan merasa bagaimana peritnya ibu menanggung hidup ni.. kamu hanya mampu menyelami situasi itu.. bagi yang bernama perempuan.. kamu akan merasai liku2 yang telah dilalui ibu sebelum melahirkan kamu... beruntungnya kamu..

__________________________________________________________________________________

 FIRMAN ALLAH:


وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى 
 وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ

And We have enjoined man in respect of his parents-- his mother bears him with faintings upon faintings and his weaning takes two years-- saying: Be grateful to Me and to both your parents; to Me is the eventual coming. (14:14)

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (14:14)


______________________________________________________________________________________

ayat di atas membuktikan bagaimana sikap yang perlu kita berikan kepada ibu bapa kita.. di dalam ayat tersebut juga telah menyatakan bahawa..

ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
keajaiban alQuran serta kekuasaan Allah telah menunjukkan bahawa  begitu besar tanggungan dan pengorbanan ibu dalam meneruskan hidup di muka bumi Allah ini.. 

sedarkah kita.. betapa mulianya ibu di dunia ini... 

___________________________________________________________________________________

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: 
 

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”


Baginda menjawab: “Ibu kamu.”


Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”


Baginda menjawab: “Ibu kamu.”


Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”


Baginda menjawab: “Ibu kamu.”


Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”


Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
 

__________________________________________________________________________________

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad. 
 

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”


Jahimah menjawab: “Ya.”


Lalu Rasulullah bersabda:


“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”
__________________________________________________________________________________

semua ada ibu .. baik yang masih bernyawa.. mahupun telah terbujur kaku dimamah usia..

darjat seorang ibu begitu tinggi nilainya...

tetapi sejauh manakah kita memahaminya..

bagi yang masih mempunyai ibu di muka dunia ini.. manfaatkanlah setiap saat yang ada.. janganlah kita sakiti hatinya,, belailah ibu kita.. kerana.. bila mereka tiada lagi di sisi kita.. tiadalah lagi kegembiraan yang dapat kita lihat di wajah seorang ibu.. lenyaplah raut keriangan seorang ibu yang pernah terlakar tatkala kamu berjaya.. hilanglah sayup2 teguran ibu dari telinga kita.. dan saat itu.. kita akan sentiasa merinduinya..

bagi yang sudah ketiadaan ibu.. hulurkanlah doa semoga mereka tenang di sana.. sedekahkanlah sekalung Al-Fatihah buat peneman arwah mama tercinta di sana.. sesungguhnya kasih mereka tiada gantinya..

__________________________________________________________________________________


( بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)  

صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) 
___________________________________________________________________________________

“Jika mati anak Adam, maka putuslah segala amalnya. Kecuali 3 perkara, iaitu amal jariah, DOA ANAK YANG SOLEH, dan ilmu yang bermanfaat.” (Hadis Riwayat Muslim)
__________________________________________________________________________________
*PERINGATAN RINGKAS BUAT KITA BERSAMA 

SHARING IS CARING, CARING IS LOVING



Read More

Friday, 3 August 2012

ujian dan kesabaran

setiap insan gerenti ada jalan cerita hidup nya masing2.. 


ada yang diuji dengan KESENANGAN.. dan ada pula yang di test dengan KESENGSARAAN.. 

2 situasi ni sudah konfem2 lah berbeza..

___________________________________________________________________________________

FIRMAN ALLAH:


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬‌ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ  
Every soul must taste of death and We try you by evil and good by way of probation; and to Us you shall be brought back. (21:35)

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. (21: 35)

___________________________________________________________________________________

berdasarkan tafsiran Ibnu 'Abbas, setiap manusia mempunyai tahap ujian yang berbeza dan setiap ujian itu tidaklah melebihi kemampuan setiap individu tersebut.

___________________________________________________________________________________

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ 
Allah does not impose upon any soul of duty but to extent of its ability; (2:286)   
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. (2: 286) 

___________________________________________________________________________________
 
Merujuk kepada ayat di atas, setiap ujian yang Allah berikan adalah bersesuaian dengan kemampuan seseorang manusia tersebut. Allah tidak akan membebani hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa setiap apa jenis ujian yang Allah berikan kepada kita, adalah bukti cintaNya kepada kita. Hadith dari Anas bin Malik menyatakan Rasulullah S.A.W. bersabda;

___________________________________________________________________________________

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

 Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. 

[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

___________________________________________________________________________________

Maka, sudah menjadi lumrah bagi kita yang bernafas di muka bumi Allah yang tercinta ini. Ujian, dugaan, cabaran, cubaan, mahupun apa an sekalipun adalah asam garam dalam kehidupan. Bersabarlah, bersabarlah, bersabarlah.
 
apa yang ingin dilihat adalah sejauh mana kita menghandle benda tersebut dengan penuh kesweetan dan kehenseman hati, jiwa, dan raga... ^_


Ana ingin berpesan kepada diri ana sendiri dan semua sahabat2, tanganilah sesuatu itu dengan penuh kesabaran. InsyaAllah sesuatu kesabaran itu akan mendatangkan sesuatu yang tidak disangka2 kepada diri kita.. wallahualam.. Percayalah, Allah sentiasa mendengar setiap keluhan rasa, sakit di hati, gelisah dan apa jua perasaan yang menyelubungi hati kita.  

Last but not least :

___________________________________________________________________________________

Firman Allah,


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

O you who believe! seek assistance through patience and prayer; surely Allah is with the patient.(2:153)

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. (2:153)


  












Read More

Thursday, 2 August 2012

petikan qasidah ya hana na

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا

Baginda adalah manusia terbaik ciptaanNya dan teragung
akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله

Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, Segala puji hanya bagi Allah S.W.T

يَاهَنَانَا

Betapa beruntungnya kami
Read More

© 2011 MonoloqueUlabete, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena